Sunday, March 29, 2009

profile kami

1. JULIZA BINTI ZAINI 17986

2. EMY SUHANA BINTI ABDULLAH 17374

3. NAI’MAH SYUKRIAH BINTI MOHD AJAZI 18052

4. NURELAINI BINTI ZAKARIA 17161

5. SHAIDATUL FATIHAH BINTI RAMLI 17559

6. NOR HAPIZAH BINTI AWANG KECHIK 17562

7. ROSLAILY BINTI MOHAMAD ZAINUDIN 17611

8. NORMAIZAM BINTI AYUB 17675

9. NOOR ELIANA BINTI MOHD ZULKAFLI 17606

Wednesday, March 25, 2009

nasihat Rasulullah s.a.w

Nasihat Rasulullah Kepada Wanita

Tertulis dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya:Telah aku lihat di dalam neraka pada malam Mikraj, maka aku nampak kebanyakan isinya wanita.Maka kataku daripada sahabatnya:Kerana apa begitu ya Rasulullah?Maka sabdanya:Sebab pun wanita-wanita itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk & memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.

Melihat banyak antara kaum wanita Islam yg menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah S.A.W menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah, ini kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.


by, ila...

wanita malang

6 Jenis Wanita Malang

'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang
Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau
kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.'


1. Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat
memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
2. Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Wanita ini sering menyatakan, 'Aku membuat itu
keranamu'.
3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya
yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya
dari suami yang lain.
4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada
tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki
barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari
mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika
makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagianya.
6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


by, nai'mah

wanita idaman lelaki

Ciri-ciri wanita idaman lelaki


Wanita merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang teramat istimewa. Setiap wanita mempunyai keunikan mereka yang tersendiri pengaruh dari cara mereka di besarkan, persekitaran dan beberapa faktor luaran dan dalaman yang lain. Walaupun setiap wanita adalah berbeza namun kebanyakan memiliki cirri peribadi yang sama dan dapat menarik minat kaum lelaki untuk mendekati seseorang wanita.

Terdapat beberapa cirri wanita yang menjadi idaman lelaki yang perlu ada dalam diri pasangannya. Antaranya ialah

1) Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
Lelaki mahukan pasangan yang menurut kata agar keharmonian rumah tangga terbela dan pertelingkahan dapat di elakkan. Lelaki juga perlukan seorang pendengar yang setia agar mereka dapat meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan pasangannya.

2) Mempunyai sifat keibuan dan penyayang
Sifat ini Amat dititik beratkan oleh lelaki dalam mencari pasangan hidupnya. Ini adalah kerana lelaki mahukan jaminan bahawa isterinya sukakan anak dan dapat menjaga anak dengan sempurna.

3) Sentiasa menghormati
Wanita yang dipilih perlulah menghormati lelaki itu dan juga keluarganya. Wanita perlu menghormati dan menjaga air muka pasangannya. Selain itu wanita juga perlu menghormati keluarga pasangannya. Ini penting kerana selepas berkahwin nanti keluarga lelaki akan menjadi keluarganya juga.

4) Berdikari
Lelaki sukakan wanita yang boleh berdikari, boleh menguruskan diri sendiri dan tidak terlalu bergantung lepada pasangannya. Lelaki tidak suka pasangannya terlampau bergantung kepadanya dan mahu bantuan lelaki dalam menyelesaikan masalah yang kecil seperti mahu lelaki menemaninya setiap masa.

5) Tidak mengongkong
Lelaki paling tidak suka pasangannya mengongkong pergerakan mereka dan
memberitahu mereka apa yang perlu mereka buat. Lelaki mahukan pasangan yang memahami dan bukannya menjadi pengganti ibunya dengan mengawal segala perlakuan dan tingkah laku mereka.







6) Sanggup bersama dalam keadaan susah dan senang.
Lelaki memerlukan pasangan yang sentiasa bersedia untuk mengharungi keadaan susah dan senang bersama. Mereka tidak akan menjalinkan hubungan yang serius dengan wanita yang hanya ingin hidup senang di samping mereka dan apabila mengahadapi masalah, wanita itu lepas tangan. Ini adalah sifat yang paling dibenci oleh lelaki.

7) Manja
Lelaki sukakan pasangannya manja dengannya. Dengan cara ini lelaki dapat memberi kasih sayang dan perhatian kepada pasangannya. Tapi harus di ingat, lelaki amat bencikan pasangannya terlampau manja atau gedik. Jadi jika ingin bermanja perlulah kena pada masa dan tempat yang dirasakan sesuai.

8) Pegangan agama yang kukuh
Seorang lelaki ingin mencari seorang wanita yang mempunyai pegangan agama yang kukuh sebagai pasangan hidupnya. Ini adalah kerana wanita ini dapat mendidik anak- anak mereka dengan ajaran agama yang betul. Selain itu, jira pegangan agama kukuh maka rumahtangga akan harmoni dan diberkati.


Terdapat banyak ciri- ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Namun setiap individu mempunyai citarasa dan pendapat yang berbeza. Setiap wanita adalah unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Semua makhluk diciptakan berpasang- pasangan, oleh itu setiap individu akan mendapat teman hidup mereka.


Nukilan…

Noor Eliana bt Mohd Zulkafli

wanita dalam politik

PEMBANGUNAN WANITA DALAM POLITIK

Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa wanita adalah perlu untuk mencapai pembangunan ekonomi, sosial dan politik. Hari ini anak-anak gadis dan wanita masih terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan dimana wanita melepasi lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai situasi. Wanita-wanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam politik dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan.
Penglibatan wanita dalam arena politik merupakan objektif Milennium tersendiri. Memperkasakan wanita dalam arena politik mempunyai potensi untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Penglibatan mereka di dalam badan-badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan juga tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan undang-undang yang memfokuskan kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga.
Tetapi walaupun halangan-halangan untuk menyertai parlimen-parlimen peringkat kebangsaan dan tempatan telah pun dihapuskan hampir di setiap negara, ia masih tidak mencukupi untuk memberikan keseimbangan gender dalam pentadbiran. Walaupun ruangan dan proses-proses politik telah terbuka, bilangan wanita di dalam jawatan-jawatan yang boleh membuat keputusan masih tidak meningkat secara automatik. Pada permulaan zaman kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada peringkat bawahan pendidikan kepada gaya sosial semasa yang meragui kecekapan mereka sebagai pembuat keputusan. Diskriminasi ini, termasuklah beban kerja wanita yang jauh lebih berat, tidak menggalakkan serta menghalang wanita daripada menyertai politik serta meninggalkan kurang masa dan tenaga untuk kehidupan umum.
Kerajaan, dengan kerjasama pertubuhan wanita dan parti politik, mempunyai peranan yang penting dalam menyokong kuasa politik wanita. Mereka melakukannya dengan menyokong isu-isu yang sensitive terhadap gender di kalangan pegawai atau menubuhkan forum-forum dasar yang komprehensif, seperti kementerian wanita dan biro-biro. Sungguhpun begitu, pandangan serta tindakan terhadap gender yang berubah dalam kerajaan dan politik, walaupun berjaya, harus di susuli dengan sumber-sumber yang bersesuaian termasuklah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya.
Penglibatan wanita di dalam badan perundangan negara, kerajaan tempatan dan proses-proses keamanan bukan sahaja dapat merubah keadaan politik semasa – ia juga merubah masa depan, memandangkan dengan adanya wanita di dalam arena politik juga akan merubah pandangan masyarakat terhadap wanita dan gadis dan peranan mereka dalam membuat keputusan.

By, maizam...

wanita dan teknologi maklumat

WANITA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Walaupun separuh penduduk mana-mana negara terdiri daripada wanita, kaum Hawa masih dianggap kumpulan minoriti. Tidak kira apa jua pandangan lelaki, wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk membaiki diri dan mengubah imej mereka.
wanita hari ini berbeza daripada dahulu. Tidak kira sama ada sebagai ibu, isteri, atau masih bujang, mereka perlu pandai membahagikan waktu, wang, dan kerja rumah. Senarai kerja wanita bertambah setiap masa. Oleh itu, 88 peratus daripada mereka mendapati media komunikasi, terutama internet, amat menjimatkan masa, lebih~lebih lagi membolehkan mereka berurusan dengan bank dan membeli-belah 24 jam, selepas balik dari kerja atau pada masa lapang.Perkembangan lain yang menyusul perubahan itu ialah hilangnya tanggapan bahawa dunia wanita adalah di rumah. Kebanyakan rumah tangga kini memerlukan pendapatan kedua-dua suami dan isteri. Perkembangan ini bukan sahaja membuka peluang baru kepada wanita, tetapi juga mengimbangi hubungan kuasa antara lelaki dengan wanita. Sehingga zaman perindustrian, kerjaya yang dipilih oleh wanita meliputi aktiviti tradisional, kerana 80 peratus daripada mereka bekerja dalam sektor perkhidmatan, perkeranian, kejururawatan, dan perkilangan. Kerja mereka dibayar upah yang murah, diberi status yang rendah; maka wanita tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Tetapi dalam era maklumat sekarang, yang dipentingkan ialah kekuatan intelektual.
Industri maklumat yang menjadi kuasa utama penggerak ekonomi abad ke-21 telah membuka banyak peluang pekerjaan baru kepada wanita. Kerja yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh komputer dan penganalisis sistem, tetapi menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya, membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti, dan pengalaman.Wanita yang mempunyai literasi teknologi, terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka dahulu. Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini.Banyak peluang baru wujud daripada perubahan yang berlaku pada zaman maklumat. Hasilnya, pekerja wanita sudah meningkat.
Wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai literasi teknologi adalah wanita baru yang pandai komputer. Masalah yang paling ditakuti sekarang bukan teknologi, tetapi isi kandungan yang sesuai. Isi kandungan internet, misalnya, yang membuat orang ramai tertarik kepadanya, dan bukan teknologi. Namun, teknologi juga perlu diberi perhatian kerana teknologi yang lebih mudah, murah, dan cepat itu menarik lebih banyak orang. Buat masa ini, internet dimonopoli oleh lelaki dengan isi kandungannya berorientasi sukan, hiburan, dan sebagainya yang digemari oleh lelaki. Sebaliknya , maklumat yang dikehendaki oleh wanita adalah tentang pemakanan, resipi, masalah wanita, rawatan


penyakit dan kecederaan ringan dengan segera, dos ubat dan kesan sampingannya. Maklumat itu menjadikan mereka ibu yang lebih bijak dan isteri yang lebih pandai mengurus kewangan keluarga.
Banyak usahawan wanita telah membangunkan laman web dengan isi kandungan yang sesuai untuk wanita. Contohnya, Ellen Pack Nancy yang membangunkan WELL (whole Earth Electronic Link) di San Francisco. Yang penting ialah melalui internet, setiap pelanggan diberi layanan kelas pertama. Mod komunikasi yang sama ditanggapi secara berlainan antara lelaki dengan perempuan.
Dalam era maklumat, yang dipentingkan ialah kekuatan intelek. Banyak wanita merebut peluang dalam perkembangan IT untuk merealisasikan potensi. Banyak di kalangan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Mereka menggunakan peluang itu untuk mencetuskan perubahan lain yang menguntungkan wanita sendiri. Sehubungan itu, teknologi komputer dalam era maklumat mempunyai kesan empowerment yang luar biasa dalam meningkatkan produktiviti, lantas menaikkan status wanita.
Teknologi cumalah alat. Ia tidak membezakan jantina, kerja, atau mesej. Yang boleh membezakan ialah isi kandungannya. Tetapi, untuk mendapatkan mesej dan maklumat, semua orang perlu menggunakan teknologi. Persoalan utama dalam konteks ini ialah kebolehan mengakses. Hal ini meliputi kemampuan memiliki teknologi, kemudahan prasarana, undang-undang, dan lain-lain. Oleh itu setiap wanita perlu kreatif dan inovatif.
DEWAN BUDAYA, OGOS 1998, BIL 8 JIL 20, M/S 20-21
by,
laili….

wanita dalam IKS

PENGLIBATAN WANITA DALAM INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA


Kaum wanita mewakili separuh daripada jumlah penduduk negara ini mengikut statistik 2007 bilangan wanita ialah seramai 13.3 juta orang daripada 27.2 juta jumlah penduduk negara. Maka tidak dapat dinafikan wanita merupakan sebahagian sumber penting dalam agenda pembangunan negara. Dengan lain perkataan wanita mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama merealisasikan matlamat kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara. Wanita bukan sahaja berperanan sebagai suri rumah, tetapi juga telah menunjukkan pencapaian dalam pelbagai bidang seperti industri kecil dan sederhana politik, keusahawana, professional, perubatan, guru dan sebagainya.
Inisiatif-inisiatif yang di berikan oleh pihak Kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaaan terhadap laluan kepada pendidikan pada tahap yang tinggi telah membantu memberikan kekuatan kepada sejumlah peratus wanita-wanita Malaysia yang lebih besar, dan lebih banyak lagi telah diperhatikan bergerak menuju kepada pekerjaan-pekerjaan yang lebih tinggi pendapatannya contohnya terlibat dalam industri kecil dan sederhana dan sanggup mengambil risiko dalam mengembangkan peerniagaan mereka
Penglibatan golongan wanita dalam industri kecil dan sederhana(IKS) seperti pengeluaran kerepek ubi, makanan dingin beku, sos cili, kuih muih, dan sebagainya, hari ini diakui banyak membantu meningkatkan ekonomi negara dan keluarga. Jika sebelum ini produk tersebut hanya dipandang sebelah mata, kini ia mampu menjadi antara penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara apabila ada sesetengahnya telah berjaya menembusi pasaran luar negara.
Bagaimanapun, ketidakupayaan industri (IKS) mengikuti perubahan teknologi menyebabkan mereka hidup dalam persekitaran perniagaan yang kurang berdaya saing, sekali gus menjejaskan keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Cara terbaik untuk membantu usahawan IKS adalah dengan memberi mereka lebih kesedaran terhadap kepentingan maklumat dalam bidang yang diceburi, termasuk dari segi pemasaran, khidmat nasihat professional dan pengurusan. Skim Latihan Program Mikro Kredit yang dicetuskan dengan usahasama Program Pembangunan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Dewan Perniagaan Melayu Muda (DPMM) serta MeCD, disifatkan sebagai salah satu daripada usaha memperkasakan wanita luar bandar dengan kemahiran usahawan.
Penglibatan wanita dalam bidang ini semakin hari semakin meningkat, ini akan memerlukan mereka mengimbangi tanggungjawab mereka di tempat kerja dengan keluarga yang dikasihi. Pengurusan masa yang fleksibel di tempat kerja dan penjagaan anak-anak yang selamat dan berkualiti tinggi akan menyokong penglibatan wanita dalam bidang ini.

By hafizah…

50 keistimewaan wanita

50 KEISTIMEWAAN MENJADI SEORANG WANITA

Wanita sangat bertuah kerana mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah:

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

14. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

15. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

16. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

17. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

18. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

20. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

21. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

22. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

23. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

27. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

28. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

29. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

30. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

31. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

32. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

33. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

34. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

35. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

36. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

37. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

38. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

39. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

40. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

41. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

42. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

43. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

44. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita
Hormatilah, sayangilah, kasihilah mereka seperti orang tuamu mengasihi kamu.

Sumber:
http://www.imeem.com/miszyuna/blogs/2007/04/11/to8FJn6/50-keistimewaan-seorang-wanita
edited by,
datul…

Tuesday, March 24, 2009

wanita dan kerjaya

WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.
Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.
Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.
Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?
WANITA DALAM MEDIA: ASPRESIASI ATAU EKSPLOITASI
Wanita di Malaysia sungguh bertuah kerana pindaan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini telah meletakkan hak yang sama rata untuk semua tanpa mengira jantina. Pengiktirafan ini menjadi bukti kejayaan wanita di negara ini untuk mencapai kesaksamaan gender.
Hal ini bermakna, ruang dan peluang yang lebih terbuka dan selesa tersedia untuk wanita mengorak langkah mencapai kejayaan. Namun, perjuangan mereka masih belum berakhir kerana masih banyak cabaran yang harus ditangani untuk menempatkan diri dalam sfera kehidupan yang lebih selesa dan bermakna.
Secara keseluruhannya, kedudukan wanita di negara ini lebih baik berbanding saudara mereka di negara membangun lain, khususnya di Asia Selatan dan Afrika. Wanita Malaysia telah mencapai kejayaan yang membanggakan dengan jumlah mereka yang berjaya dalam kerjaya dan pendidikan semakin meningkat. Semakin ramai wanita yang menjawat jawatan tinggi, sama ada di sektor awam mahupun swasta. Trend kemasukan pelajar ke universiti tempatan sejak 1995 menunjukkan peningkatan pelajar perempuan berbanding lelaki. Malah, pada tahun ini, jumlah pelajar perempuan yang mendaftar di universiti tempatan adalah sebanyak 65% berbanding lelaki hanya 35%.
Jika demikian hebatnya kejayaan wanita kita, bagaimana agaknya mereka dipaparkan dalam media massa tempatan? Mungkin ada yang bertanya apakah pentingnya soal pemaparan wanita ini untuk dibahaskan? Rasionalnya, rutin kehidupan kita sedikit-sebanyak berkisar kepada aktiviti yang melibatkan penggunaan produk media sama ada menonton televisyen, membaca akhbar, atau mendengar radio. Pergantungan dan pengguanaan produk media bukan sekadar hubungan yang pasif antara khalayak dan penyalur mesej kerana media massa membawa bersama nilai-nilai sosial.
Media massa telah menjadi institusi yang penting dalam mencorakkan pemikiran masyarakat. Ia berupaya membentuk tanggapan khalayak melalui pemaparan imej yang disalurkan olehnya secara berulang-ulang. Proses ini berlangsung secara halus dan hampir tidak disedari oleh khalayak. Melalui kekerapan dan teknik kreatif yang diadaun secara halus, maka tidak menghairankan jika khalayak tidak menyedari bahawa persepsi mereka terhadap sesuatu fenomena sebenarnya telah dibentuk. "Kuasa" inilah yang jika salah digunakan akan memberi kesan yang negatif kepada khalayak.
Oleh itu, pemaparan wanita merupakan isu yang signifikan. Pejuang wanita dan pengkritik media khuatir dengan implikasi pemaparan wanita yang menyeleweng daripada realiti kerana ia menafikan status, peranan dan sumbangan wanita terhadap pembangunan negara. Lebih daripada itu, ia membentuk persepsi yang salah terhadap wanita.
Gaye Tuchman, sarjana komunikasi Amerika, menyifatkan media telah melakukan "symbolic annihilation", yakni dengan makna lain, strategi media adalah mempromosikan stereotaip atau mengurangkan pemaparan wanita. Berdasarkan kajiannya, wanita sejati menurut media ialah seorang yang "pasif dan tidak mampu berdikari; nasib dan kegembiraannya bergantung kepada lelaki semata, bukannya menjadi tenaga kerja."
Apakah stereotaip? Stereotaip secara mudah bermakna idea dan andaian umum yang menjadi simbol yang dipermudahkan, diumumkan, dan disesuaikan terhadap sesuatu kelompok manusia. Ia merupakan pengkelasan sosial yang tipikal dan tidak mengandungi ciri-ciri yang baru, misalnya "hero filem Hollywood mesti lelaki berkulit putih."
Stereotaip sukar dielakkan dalam media; ia sudah menjadi praktis dalam pengeluaran produk media. Misalnya, industri filem Hollywood dikatakan berkembang berasaskan naratif yang stereotaip untuk menarik perhatian kelompok awal khalayak Amerika yang buta huruf dan berbilang kaum.
Bagaimana agaknya kandungan media tempatan? Kajian-kajian yang banyak dilakukan oleh para sarjana komunikasi tempatan mendapati media negara ini masih mengekalkan imej wanita yang stereotaip. Periklanan misalnya sarat dengan imej stereotaip wanita. Wanita masih digambarkan sebagai suri rumah, mudah dipengaruhi, seksi, emosional, dan terikat dengan ciri-ciri tradisional seperti suka memasak dan melaram. Imej wanita kerap digunakan untuk melariskan barangan dan perkhidmatan. Ia boleh diterima jika barangan berkaitan wanita menggunakan model wanita. Bagaimana pula dengan iklan yang tidak berkenaan sepert tayar kereta?
Majalah-majalah wanita kita pula sering memaparkan rutin hidup wanita yang terikat dengan dunia fesyen, kecantikan, masakan, dan petua rumahtangga. Ia juga berfungsi sebagai agen promosi gaya hidup terkini dengan peruntukan halaman fesyen yang lebih banyak daripada editorial. Ruangan fesyen telah menjadi hukuman mandatori untuk para editor menyiarkannya secara tetap. Dalam kajian oleh Fauziah Ramly untuk bengkel anjuran Asia-Pacific Development Centre pada 1992 terhadap sampel majalah Her World, didapati 35% halaman diperuntukkan untuk fesyen. Jumlah itu melebihi peruntukan halaman artikel tentang pembangunan luar bandar, alam sekitar, kesihatan, dan kerjaya yang ditulis dengan baik dan pastinya lebih bermanfaat.
Drama dan filem tempatan pula tidak banyak mengangkat martabat wanita dengan peranan yang aktif dan boleh dicontohi. Menurut kajian Kiranjit Kaur dan Rosni Jaafar dari Universiti Teknologi MARA terhadap drama televisyen tempatan pada 1989, watak wanita digambarkan secara pasif dan tidak mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat. Wanita digambarkan sebagai terikat dengan tugasan rumah tangga, mengerjakan ladang dan menjalankan tugas di pejabat. Watak wanitanya pula tampil cantik, bergantung kepada orang lain (suami/bapa), setia, sabar, pasrah ditindas, dan hidup menderita. Walaupun kajian ini telah lama dilakukan, namun realiti semasa masih tidak banyak berubah. Kita pasti tidak lupa kontroversi yang timbul ekoran tayangan filem "Perempuan, Isteri dan…" arahan U-Wei Saari yang memparkan watak isteri curang yang hidup bertunjangkan nafsu.
Bagaimana pula dengan liputan akhbar terhadap wanita? Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1994 mendapati sebanyak 37.5% liputan berita tentang wanita bersifat negatif, bias, dan seksi. Keadaan ini tidak mencerminkan realiti bahawa 43% wartawan Malaysia pada tahun kajian adalah wanita tetapi hanya 17% kandungan media difokuskan kepada wanita. Berita tentang wanita bukanlah prioriti utama akhbar dan jarang diletakkan di muka depan akhbar. Hal ini mungkin kerana setiap akhbar mempunyai halaman wanitanya sendiri. Namun tidaklah secara halus, ia bukan hanya bermaksud berita tentang wanita tidak penting dan hanya sesuai diletakkan di ruangan khas yang terhad, tetapi lebih daripada itu, wanita dibiarkan dalam alam rumah tangga semata-mata?
Perdebatan mengenai imej wanita stereotaip yang muncul dalam media kerap menyarankan peluang dibuka seluas mungkin supaya lebih ramai wanita menjadi pembuat keputusan dalam organisasi media. Sehingga kini, bilangan wanita yang memegang jawatan utama dalam organisasi media negara amat rendah. Kalau adapun, mereka tidak terlibat secara mutlak untuk membuat keputusan. Persoalannya, adakah mungkin "nature" dunia kewartawanan yang didominasi oleh lelaki telah membiarkan wartawan wanita membuat liputan soft news semata-mata?
Kita tidak menafikan bahawa media tempatan menunjukkan perubahan yang menjanjikan pemaparan yang lebih positif, tetapi ia berkembang pada kadar yang perlahan. Lebih banyak inisiatif yang perlu dikerah daripada pihak media untul menyerlahkan wajah wanita Malaysia yang lebih mandiri, positif, berpandangan luas, mempunyai kerjaya, dan kehidupan berkeluarga yang mantap. Wartawan wanita sebenarnya ramai yang bersedia menyumbang. Sejarah membuktikan sendiri mereka telah banyak berjasa dalam mengupayakan wanita negara ini sejak merdeka sehingga kini. Misalnya, usaha bersepadu kumpulan wartawan wanita dan pertubuhan wanita dalam kempen media yang agresif pada 1996 telah membawa penguatkuasaan Akta Keganasan Rumahtangga pada tahun yang sama selepas usaha selama 10 tahun diperjuangkan oleh pertubuhan wanita.
Pihak media harus mengangkat imej wanita berilmu dan berhenti memaparkan fantasi yang tidak mungkin dapat dibeli. Perhatian kepada isu-isu yang mampu meningkatkan kualiti diri dan minda harus diutamakan. Pengamal media perlu mempunyai misi yang kukuh dan berterusan untuk mengangkat martabat wanita dan mengupayakan wanita kita seiring realiti kejayaan yang telah diraih.
Dewan Masyarakat Disember 2001 Ms 30 - 31.

WANITA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
WALAUPUN separuh penduduk mana-mana negara terdiri daripada wanita, kaum Hawa masih dianggap kumpulan minoriti. Adakah ini disebabkan dunia masih dikuasai oleh kaum Adam? Adakah keadaan ini akan berubah setelah kaum Hawa menguasai teknologi maklumat (IT) dan dapat memperbaik nasib dan kedudukan mereka? Tidak kira apa jua pandangan lelaki, wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk membaiki diri dan mengubah imej mereka.
Banyak perubahan sosioekonomi dan politik berlaku ke atas wanita, terutama di negara maju, berasaskan tinjauan yang berikut:
• Wanita akan merupakan 48 peratus tenaga kerja di Amerika Syarikat (AS) menjelang tahun 2005.
• Satu per tiga perniagaan di AS
• 48 peratus pekerja wanita menyumbang 50 peratus kepada pendapatan keluarga.
• 82 peratus wanita kini mendapat pendidikan tinggi, selain mempunyai literasi komputer.
• 85 peratus wanita yang bekerja di AS mendapati kerjaya mereka sangatlah penting.
• 65 peratus wanita berkerjaya dan mengurus rumah tangga.
• Wanita dijangka meliputi 48 peratus pengguna on-line dan internet menjelang tahun 2000.
Perangkaan di atas menunjukkan wanita hari ini berbeza daripada dahulu. Tidak kira sama ada sebagai ibu, isteri, atau masih bujang, mereka perlu pandai membahagikan waktu, wang, dan kerja rumah. Senarai kerja wanita bertambah setiap masa. Oleh itu, 88 peratus daripada mereka mendapati media komunikasi, terutama
internet, amat menjimatkan masa, lebih~lebih lagi membolehkan mereka berurusan dengan bank dan membeli-belah 24 jam, selepas balik dari kerja atau pada masa lapang.
Perkembangan lain yang menyusul perubahan itu ialah hilangnya tanggapan bahawa dunia wanita adalah di rumah. Kebanyakan rumah tangga kini memerlukan pendapatan kedua-dua suami dan isteri. Perkembangan ini bukan sahaja membuka peluang baru kepada wanita, tetapi juga mengimbangi hubungan kuasa antara lelaki dengan wanita. Sehingga zaman perindustrian, kerjaya yang dipilih oleh wanita meliputi aktiviti tradisional, kerana 80 peratus daripada mereka bekeria dalam sektor perkhidmatan, perkeranian, kejururawatan, dan perkilangan. Kerja mereka dibayar upah yang murah, diberi status yang rendah; maka wanita tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Tetapi dalam era maklumat sekarang, yang dipentingkan ialah kekuatan intelektual.
Industri maklumat yang menjadi kuasa utama penggerak ekonomi abad ke-21 telah membuka banyak peluang pekerjaan baru kepada wanita. Kerja yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh komputer dan penganalisis sistem, tetapi menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya, membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti, dan pengalaman.
Wanita yang mempunyai literasi teknologi, terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka dahulu. Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini. Antaranya:
• Mereka boleh mendapat maklumat daripada internet, pangkalan data, media massa, dan sebagainya.
• Mereka boleh berkomunikasi dengan bebas, maka boleh mencapai khalayak yang besar.
• Mereka boleh mengimbangi kerja rumah dengan kerja pejabat.
• Mereka boleh menyampaikan maklumat melalui internet tanpa perlu ditapis.
• Mereka yang berniaga boleh mengakses pasaran sejagat yang tidak mungkin dilakukan pada masa dahulu kerana kos pemasaran, pengiklanan, dan lain-lain.
• Wanita kini tidak perlu lagi menyerahkan tanggungjawab berkomunikasi kepada lelaki sahaja, sebagaimana mereka menyerahkan kuasa ekonomi dan politik kepada lelaki selama ini.
• Mereka boleh memaksimumkan kuasa telekomunikasi dan meminimumkan masa perjalanan, agar mempunyai lebih banyak masa bersama-sama dengan keluarga.
• Mereka boleh beroperasi dari rumah.
• Mereka yang sibuk boleh membeli-belah melalui internet 24 jam.
Banyak peluang baru wujud daripada perubahan yang berlaku pada zaman maklumat. Hasilnya, pekerja wanita sudah meningkat. Nisbah pekeria wanita berbanding dengan lelaki meningkat daripada 1:5 pada tahun 1947 kepada 2:5 oada tahun 1970. Kini, 43 peratus pekerj di negara maju adalah wanita.
Wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai literasi teknologi adalah wanita baru yang pandai komputer. Masalah yang paling ditakuti sekarang bukan teknologi, tetapi isi kandungan yang sesuai. Isi kandungan internet, misalnya, yang membuat orang ramai tertarik kepadanya, dan bukan teknologi. Namun, teknologi juga perlu diberi perhatian kerana teknologi yang lebih mudah, murah, dan cepat itu menarik lebih banyak orang. Buat masa ini, internet dimonopoli oleh lelaki dengan isi kandungannya berorientasi sukan, hiburan, dan sebagainya yang digemari oleh lelaki. Sebaliknya , maklumat yang dikehendaki oleh wanita adalah tentang pemakanan, resipi, masalah wanita, rawatan penyakit dan kecederaan ringan dengan segera, dos ubat dan kesan sampingannya. Maklumat itu menjadikan mereka ibu yang lebih bijak dan isteri yang lebih pandai mengurus kewangan keluarga.
Banyak usahawan wanita telah membangunkan laman web dengan isi kandungan yang sesuai untuk wanita. Contohnya, Ellen Pack Nancy yang membangunkan WELL (whole Earth Electronic Link) di San Francisco. Yang penting ialah melalui internet, setiap pelanggan diberi layanan kelas pertama. Soalnya bagaimana mengubah internet menjadi female friendly? Mod komunikasi yang sama ditanggapi secara berlainan antara lelaki dengan perempuan.
TUJUH puluh peratus wanita dipertanggungjawabkan untuk mengurus kewangan keluarga: membayar bil bulanan, membeli-belah untuk keluarga, merancang percutian keluarga, dan membuat simpanan di bank. Oleh sebab itu teknologi telepembelian dan teleperbankan cuba menjadikan wanita sebagai sasaran perniagaan mereka. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat, 45 peratus wanita menggunakan internet, kerana lebih mudah (90%), boleh digunakan 24 jam (90%), seronok dan selesa (71%), mendapat produk baru pertama kali (60%), mengakses maklumat (90%), tidak berasa malu bertanya sesuatu yang "bodoh" di hadapan jurujual yang tidak dikenali dan yang tidak profesional (81%), boleh mendapat hiburan dan rangsangan tanpa meninggalkan rumah (69%), tidak mahu berkonfrontasi dengan jurujual yang agresif (85%), keselamatan diri terjamin di dalam rumah sendiri (76%), dan boleh berinteraksi dengan kawan walaupun berada di rumah sahaja.
Dalam era maklumat, yang dipentingkan ialah kekuatan intelek. Banyak wanita merebut peluang dalam perkembangan IT untuk merealisasikan potensi. Banyak di kalangan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Mereka menggunakan peluang itu untuk mencetuskan perubahan lain yang menguntungkan wanita sendiri. Sehubungan itu, teknologi komputer dalam era maklumat mempunyai kesan empowerment yang luar biasa dalam meningkatkan produktiviti, lantas menaikkan status wanita.
Teknologi cumalah alat. Ia tidak membezakan jantina, kerja, atau mesej. Yang boleh membezakan ialah isi kandungannya. Tetapi, untuk mendapatkan mesej dan maklumat, semua orang perlu menggunakan teknologi. Persoalan utama dalam konteks ini ialah kebolehan mengakses. Hal ini meliputi kemampuan memiliki teknologi, kemudahan prasarana, undang-undang, dan lain-lain. Oleh itu setiap wanita perlu kreatif dan inovatif.
Walaupun wanita berjaya dalam bidang perniagaan dan kerjaya lain, tidak banyak di kalangan mereka yang berjaya naik ke peringkat pengurusan pada tahun 1980-an. Sikap masyarakat, kekananan, dan faktor diskriminasi jantina adalah penyebab utama berlakunya situasi itu.
DEWAN BUDAYA, OGOS 1998, BIL 8 JIL 20, M/S 20-21

Edited by emy….

Wednesday, March 11, 2009

salam....


assalamualaikum wbt...

di sini kami akan menyertakan artikel tentang wanita khasnya. diharap kami akan mendapat sokongan dari anda semua. ahli an-nisa' ada 10 orang yang datang daripada negeri2 yang berlainan. kini, sedang menuntut di universiti malaysia terengganu. mengambil sarjana muda polisi dan sekitaran sosial dan dalam semester 2 ( tak lama lagi nak final...) hehe...berusia daripada 20 hingga 22 tahun. pendek kata, muda2 lagi..xde la byk pengalaman nak post dalam blog ni... baru nak mencuba. kalau salah, minta diperbetulkan.. artikel kami akan dimuatkan pada post yg akan datang. nantikan yer... ^_^ wassalam.....


peace out,
jue