Wednesday, March 25, 2009

wanita dalam IKS

PENGLIBATAN WANITA DALAM INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA


Kaum wanita mewakili separuh daripada jumlah penduduk negara ini mengikut statistik 2007 bilangan wanita ialah seramai 13.3 juta orang daripada 27.2 juta jumlah penduduk negara. Maka tidak dapat dinafikan wanita merupakan sebahagian sumber penting dalam agenda pembangunan negara. Dengan lain perkataan wanita mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama merealisasikan matlamat kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara. Wanita bukan sahaja berperanan sebagai suri rumah, tetapi juga telah menunjukkan pencapaian dalam pelbagai bidang seperti industri kecil dan sederhana politik, keusahawana, professional, perubatan, guru dan sebagainya.
Inisiatif-inisiatif yang di berikan oleh pihak Kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaaan terhadap laluan kepada pendidikan pada tahap yang tinggi telah membantu memberikan kekuatan kepada sejumlah peratus wanita-wanita Malaysia yang lebih besar, dan lebih banyak lagi telah diperhatikan bergerak menuju kepada pekerjaan-pekerjaan yang lebih tinggi pendapatannya contohnya terlibat dalam industri kecil dan sederhana dan sanggup mengambil risiko dalam mengembangkan peerniagaan mereka
Penglibatan golongan wanita dalam industri kecil dan sederhana(IKS) seperti pengeluaran kerepek ubi, makanan dingin beku, sos cili, kuih muih, dan sebagainya, hari ini diakui banyak membantu meningkatkan ekonomi negara dan keluarga. Jika sebelum ini produk tersebut hanya dipandang sebelah mata, kini ia mampu menjadi antara penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara apabila ada sesetengahnya telah berjaya menembusi pasaran luar negara.
Bagaimanapun, ketidakupayaan industri (IKS) mengikuti perubahan teknologi menyebabkan mereka hidup dalam persekitaran perniagaan yang kurang berdaya saing, sekali gus menjejaskan keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Cara terbaik untuk membantu usahawan IKS adalah dengan memberi mereka lebih kesedaran terhadap kepentingan maklumat dalam bidang yang diceburi, termasuk dari segi pemasaran, khidmat nasihat professional dan pengurusan. Skim Latihan Program Mikro Kredit yang dicetuskan dengan usahasama Program Pembangunan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Dewan Perniagaan Melayu Muda (DPMM) serta MeCD, disifatkan sebagai salah satu daripada usaha memperkasakan wanita luar bandar dengan kemahiran usahawan.
Penglibatan wanita dalam bidang ini semakin hari semakin meningkat, ini akan memerlukan mereka mengimbangi tanggungjawab mereka di tempat kerja dengan keluarga yang dikasihi. Pengurusan masa yang fleksibel di tempat kerja dan penjagaan anak-anak yang selamat dan berkualiti tinggi akan menyokong penglibatan wanita dalam bidang ini.

By hafizah…

No comments:

Post a Comment