Wednesday, March 25, 2009

wanita idaman lelaki

Ciri-ciri wanita idaman lelaki


Wanita merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang teramat istimewa. Setiap wanita mempunyai keunikan mereka yang tersendiri pengaruh dari cara mereka di besarkan, persekitaran dan beberapa faktor luaran dan dalaman yang lain. Walaupun setiap wanita adalah berbeza namun kebanyakan memiliki cirri peribadi yang sama dan dapat menarik minat kaum lelaki untuk mendekati seseorang wanita.

Terdapat beberapa cirri wanita yang menjadi idaman lelaki yang perlu ada dalam diri pasangannya. Antaranya ialah

1) Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
Lelaki mahukan pasangan yang menurut kata agar keharmonian rumah tangga terbela dan pertelingkahan dapat di elakkan. Lelaki juga perlukan seorang pendengar yang setia agar mereka dapat meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan pasangannya.

2) Mempunyai sifat keibuan dan penyayang
Sifat ini Amat dititik beratkan oleh lelaki dalam mencari pasangan hidupnya. Ini adalah kerana lelaki mahukan jaminan bahawa isterinya sukakan anak dan dapat menjaga anak dengan sempurna.

3) Sentiasa menghormati
Wanita yang dipilih perlulah menghormati lelaki itu dan juga keluarganya. Wanita perlu menghormati dan menjaga air muka pasangannya. Selain itu wanita juga perlu menghormati keluarga pasangannya. Ini penting kerana selepas berkahwin nanti keluarga lelaki akan menjadi keluarganya juga.

4) Berdikari
Lelaki sukakan wanita yang boleh berdikari, boleh menguruskan diri sendiri dan tidak terlalu bergantung lepada pasangannya. Lelaki tidak suka pasangannya terlampau bergantung kepadanya dan mahu bantuan lelaki dalam menyelesaikan masalah yang kecil seperti mahu lelaki menemaninya setiap masa.

5) Tidak mengongkong
Lelaki paling tidak suka pasangannya mengongkong pergerakan mereka dan
memberitahu mereka apa yang perlu mereka buat. Lelaki mahukan pasangan yang memahami dan bukannya menjadi pengganti ibunya dengan mengawal segala perlakuan dan tingkah laku mereka.







6) Sanggup bersama dalam keadaan susah dan senang.
Lelaki memerlukan pasangan yang sentiasa bersedia untuk mengharungi keadaan susah dan senang bersama. Mereka tidak akan menjalinkan hubungan yang serius dengan wanita yang hanya ingin hidup senang di samping mereka dan apabila mengahadapi masalah, wanita itu lepas tangan. Ini adalah sifat yang paling dibenci oleh lelaki.

7) Manja
Lelaki sukakan pasangannya manja dengannya. Dengan cara ini lelaki dapat memberi kasih sayang dan perhatian kepada pasangannya. Tapi harus di ingat, lelaki amat bencikan pasangannya terlampau manja atau gedik. Jadi jika ingin bermanja perlulah kena pada masa dan tempat yang dirasakan sesuai.

8) Pegangan agama yang kukuh
Seorang lelaki ingin mencari seorang wanita yang mempunyai pegangan agama yang kukuh sebagai pasangan hidupnya. Ini adalah kerana wanita ini dapat mendidik anak- anak mereka dengan ajaran agama yang betul. Selain itu, jira pegangan agama kukuh maka rumahtangga akan harmoni dan diberkati.


Terdapat banyak ciri- ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Namun setiap individu mempunyai citarasa dan pendapat yang berbeza. Setiap wanita adalah unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Semua makhluk diciptakan berpasang- pasangan, oleh itu setiap individu akan mendapat teman hidup mereka.


Nukilan…

Noor Eliana bt Mohd Zulkafli

No comments:

Post a Comment