Wednesday, March 25, 2009

wanita dalam politik

PEMBANGUNAN WANITA DALAM POLITIK

Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa wanita adalah perlu untuk mencapai pembangunan ekonomi, sosial dan politik. Hari ini anak-anak gadis dan wanita masih terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan dimana wanita melepasi lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai situasi. Wanita-wanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam politik dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan.
Penglibatan wanita dalam arena politik merupakan objektif Milennium tersendiri. Memperkasakan wanita dalam arena politik mempunyai potensi untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Penglibatan mereka di dalam badan-badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan juga tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan undang-undang yang memfokuskan kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga.
Tetapi walaupun halangan-halangan untuk menyertai parlimen-parlimen peringkat kebangsaan dan tempatan telah pun dihapuskan hampir di setiap negara, ia masih tidak mencukupi untuk memberikan keseimbangan gender dalam pentadbiran. Walaupun ruangan dan proses-proses politik telah terbuka, bilangan wanita di dalam jawatan-jawatan yang boleh membuat keputusan masih tidak meningkat secara automatik. Pada permulaan zaman kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada peringkat bawahan pendidikan kepada gaya sosial semasa yang meragui kecekapan mereka sebagai pembuat keputusan. Diskriminasi ini, termasuklah beban kerja wanita yang jauh lebih berat, tidak menggalakkan serta menghalang wanita daripada menyertai politik serta meninggalkan kurang masa dan tenaga untuk kehidupan umum.
Kerajaan, dengan kerjasama pertubuhan wanita dan parti politik, mempunyai peranan yang penting dalam menyokong kuasa politik wanita. Mereka melakukannya dengan menyokong isu-isu yang sensitive terhadap gender di kalangan pegawai atau menubuhkan forum-forum dasar yang komprehensif, seperti kementerian wanita dan biro-biro. Sungguhpun begitu, pandangan serta tindakan terhadap gender yang berubah dalam kerajaan dan politik, walaupun berjaya, harus di susuli dengan sumber-sumber yang bersesuaian termasuklah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya.
Penglibatan wanita di dalam badan perundangan negara, kerajaan tempatan dan proses-proses keamanan bukan sahaja dapat merubah keadaan politik semasa – ia juga merubah masa depan, memandangkan dengan adanya wanita di dalam arena politik juga akan merubah pandangan masyarakat terhadap wanita dan gadis dan peranan mereka dalam membuat keputusan.

By, maizam...

No comments:

Post a Comment